APLIKASI KAEDAH FIQH DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT
Pengenalan (KAEDAH FIQH)
Keadah fiqah merupakan satu prinsip umu yang dijadikan
sebagai satu panduan umum dalam pembinaan hukum-hukum Islam apabila
masalah-masalah baharu yang memerlukan keputusan hukum yang cepat. Prinsip umum
ini membolehkan sesuatau masalah baharu yang timbul diselesaikan dengan mudah
mengenai hukumnya yang sebenar melaui rujukan kepada sumber-sumber hukum
lain.Pengunaan kaedah fiqah tidak akan menafikan nas-nas al-Quran dan hadis
tetapi kedua-dua sumber utama tersebut amat penting untuk memahami syariat dan
muamalah manusia. Kaedah fiqah ini dapat memberikan hukum secara cepat apabila
sesuatu permasalahan timbul.
SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT
Kaedah ini bermaksud bahawa setiap perkara itu merujuk
tujuan sesuatu perkara yang dilaksanakan atau setiap hukum bagi amalan
seseorang sama ada pertuturan atau perbuatan bergantung pada niat atau
tujuannya. Setiap amalan yang dilakukan oleh mukalaf adalah
bergantung pada niatnya. Kaedah ini membuktikan bahawa niat amat penting
dalam penentuan baik atau buruk,dosa atau pahala dan mencapai reda Allah SWT
atau tidak.
Asal rujukan utama kaedah ini ialah hadis Rasulullah SAW
daripada Saidina Umar al-Khattab r.a yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud;
”Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan
sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa
yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan
keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan
Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di
dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai
sebagaimana) yang dia niatkan.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Niat didefinisikan
sebagai maksud atau tujuan bagi sesuatu perbuatan. Niat diperlukan bagi
membezakan antara ibadat dengan adat, pahala atau dosa, dan bermanfaat atau
bermafsadah kepada seseorang atau kumpulan. Sesuatu amalan yang tidak disertai
dengan niat sebenarnya tidak diterima dan tidak dinilai oleh Allah SWT dan
perundangan.
PERBEZAAN IBADAH
DENGAN ADAT
Ibadah sebenarnya ialah
sejenis tunduk yang tiada yang layak menerimanya , melainkan Allah SWT , yang
mengurniakan kepada makhluk-nya jenis-jenis nikmat yang tinggi seperti nikmat
hidup , nikmat faham , nikmat pendengaran , nikmat penglihatan dan sebagainya .
Oleh yang demikian
, ibadah merupakan urusan agama yang tidak ditetapkan melainkan daripada jalan
wahyu . sebagaimana Hadis nabi yang bermaksud :
"barang siapa membuat cara baru dalam urusan kami,dengan suatu yang tidak ada contohnya maka dia itu tertolak ."
Ini adalah kerana hakikat Agama, beribadah itu dapat
dilihat dalam dua perkara iaitu ;
·
Hanya kepada Allah SWT.
· Untuk menyembah Allah SWT, hanya dapat dilakukan menurut apa yang disyariatkannya.
Justeru itu ,barang siapa yang mengadakan - adakan suatu
cara ibadah yang timbul atau ditimbulkan daripada dirinya sendiri , maka hal
tersebut adalah suatu kesesatan yang harus ditolak . ini disebabkan hanya
syariat sahaja yang berhak mengadakan cara dan bentuk ibadah yang dapat
digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
DEFINISI
DAN KONSEP ADAT
Dengan
ini , adat dalam bahasa Arab dapatlah didefinisikan sebagai:-
الديدن وهو ما اعتاد الناس عليه او طائفة
منهم
“perkara yang menjadi kebiasaan
bagi orang ramai atau segolongan”
Manakala
, para Fukaha pula mentakrifkan adat seperti berikut
الامر المتكرر من غير علاقه عقليه
“perkara yang diulang-ulangkan
tanpa perkaitan daripada segi akal.”
Makna 'perkara' dalam maksud ayat diatas adalah yang menerangkan perkataan atau perbuatan , manakala ' yang diulang-ulangkan ' bermaksud perkara yang diulang-ulangkan beberapa kali . Oleh yang demikian , perbuatan tersebut dinamakan adat . Sebaliknya perkara yang dilakukan sekali sahaja , tidak dinamakan adat , begitu juga halnya jika perkara tersebut berulang tatapi mempunyai perkaitan dari segi akal.
Umpamanya
, kesan atau peristiwa yang terjadi berulang kali yang disebabkan oleh sesuatu
perkara seperti adanya cahaya setiap kali matahari naik . Adat ini merangkumi
tiap-tiap perkara yang berulang-ulang yang terbit daripada orang perseorangan
atau kumpulan sama ada yang berpuncakan keadaan semula Jadi seperti iklim
negeri yang panas adatnya boleh mempercepatkan bahang atau panas seseorang .
Sebaliknya jika iklim negeri yang sejuk adatnya boleh melambatkan sedikit
seseorang itu menjadi panas.
NIAT MEMBEZAKAN ADAT & IBADAH
Perbezaan antara ibadah dengan adat dapat dilihat melalui niat. Misalnya , seseorang itu boleh mendapat ganjaran pahala daripada perbuatannya. Sebagai contoh, antara duduk di dalam masjid dengan niat iktikaf dengan masuk masjid kerana untuk berehat semata-mata ada bezanya. Maka sesiapa yang berniat iktikaf akan mendapat pahala sedangkan sesiapa yang tidak berniat iktikaf tidak akan mendapat pahala ( duduk dalam masjid sebagai adat kebiasaan ).
Demikian juga halnya dengan seseorang yang memberi wang kepada seseorang yang lain dengan niat ikhlas untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti zakat , sedekah atau membayar kafarah akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT , dan jika dia memberi dengan tujuan dunia maka dia tidak akan mendapat apa-apa ganjaran pahala daripada Allah SWT.
Selain
itu , niat juga dapat dijadikan neraca atau penilaian dalam menentukan sama ada
suatu perbuatan itu mendapat pahala ataupun sebaliknya terhadap setiap
perbuatan yang merupakan adat kebiasaan seperti orang yang menyimpan Al-Quran
di rumah sedangkan dia tidak membacanya . Jika dia berniat untuk kebaikan dan
mendapat berkat di samping memperoleh keredhaan Allah SWT , maka dia akan
mendapat pahala , tatapi jika dia menyimpan kerana perhiasan semata-mata , maka
dia tidak akan beroleh apa-apa ganjaran . Demikian juga halnya dengan seseorang
yang makan hingga kenyang , jika dia berniat mengikut nafsu adalah berdosa
tatapi berbeza pula halnya jika dengan niat bertakwa kerana untuk berpuasa
kemudiannya , maka dia akan beroleh ganjaran pahala .
Ibadah bermaksud pengabdian diri seorang hamba secara berterusan kepada
tuhan. Dari segi bahasa, ia bermaksud tunduk dan patuh kepada Allah SWT.
manakala dari segi istilah pula ialah bermaksud semua perkataan dan perbuatan
yang zahir atau batin yang disukai dan diredhai Allah SWT. Jelasnya, ibadat
perlu dilaksanakan dengan niat yang ikhlas kerana mencari keredhaan Allah
akan diberikan ganjaran pahala.
CIRI CIRI IBADAT
a) Dimulakan dengan niat. Mana-mana perbuatan atau tindakan yang lahir secara kebetulan atau tidak sengaja(tanpa niat) seperti dilakukan dalam keadaan lalai atau tidak sedar, tidaklah dianggap ibadah.
b) Pelaku adalah Muslim. Tindakan atau perlakuan yang dilakukan oleh orang kafir atau orang munafik tidak dikira sebagai ibadah, walaupun pada zahirnya nampak bagus sekalipupun. Namun seseorang mukmin yang kasih dan cintakan Allah akan melakukan suruhan Allah atau meninggalkan pengharaman Allah hanya berpaksi kerana ketaatan kepada Allah semata-mata.
c) Segala perlakuannya hendaklah selaras dengan kehendak syariah. Oleh itu apa-apa tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan hukum yang ditetapkan oleh Allah tidak boleh dianggap sebagai ibadah, walaupun mungkin pada anggapan orangramai itu suatu perbuatan yang bagus dan elok
Niat
adalah lintasan dalam hati ketika ingin melakukan sesuatu perkara. Antara
faedah atau fungsi niat adalah dapat membezakan ibadah daripada ibadah-ibadah
yang lain. Contohnya antara puasa yang wajib dengan puasa yang sunat.
AMALAN SELAIN IBADAH KHUSUS
Niat
sangat diperlukan bagi tujuan mencapai status ibadat dan bernilai di sisi Allah
SWT dengan memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Kajian, rekaan, inovasi, idea dan
penyelidikan hendaklah atas tujuan yang baik dan menepati syarak. Contohnya
menghasilkan telefon pintar yang boleh memudahkan dan membantu pekerjaan
manusia.
2. Setiap perancangan dan pelaksanaan
bagi mencapai sesuai matlamat hendaklah disusun dengan baik. Contohnya,
sebarang ciptaan dan penghasilan yang melibatkan sains teknologi dan
kejuruteraan perlu mematuhi syarak seta mampu menjadikan kerja tersusun.
3. Seseorang mencipta tenga nuclear untuk
kegunaan sumber tenaga elektrik yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai akan
mendapat balasan yang baik jika dia ikhlas kerana Allah, manakala sebaliknya
seseorang yang mencipta tenaga nuclear untuk memudaratkan orang lain maka, ia
akan dapat balasan buruk disisi Allah SWT kelak.
4. Mendahulukan sesuatu yang
terpenting daripada yang penting sebagaimana yang diminta untuk tujuan syariat.
Contohnya, menyelamatkan nyawa ramai manusia menjadi keutamaan dan menghasilkan
dan berbanding kenderaan untuk tujuan keuntungan.
RUMUSAN
Dalam
teknologi sains dan kejuruteraan, penggunaan kaedah fiqh adalah sesuatu yang
mesti dipertimbangkan oleh setiap saintis, juruteknik dan jurutera. Semasa
pelaksanaannya, aplikasi sains dan teknologi dan kejuruteraan oleh manusia
mesti melihat kesan langsung dan kesan sampingan. Dalam sains dan
teknologi dan kejuruteraan, pelaksanaan kaedah fiqh juga harus didasarkan pada
pemahaman mendalam tentang sistem yang akan digunakan. Ini penting untuk
memastikan bahawa semua kajian dan tindakan yang dilakukan sesuai dengan kaedah
Islam tidak bertentangan dengan maksud undang-undang, seperti perlindungan
iman, nyawa, kecerdasan, keturunan dan harta benda dan kelebihan yang
lain. Sukar bagi orang untuk terus bergerak menuju perkara positif, tanpa
tujuan dan keikhlasan hanya kerana Allah SWT. Sekiranya diikuti secara
mendalam, kewajiban untuk mewujudkan niat akan mengikuti setiap ibadah dalam
Islam. Antaranya, selain syarat untuk berpuasa agar disetujui oleh Allah SWT
dan bahkan diminta ketika membayar zakat, ia termasuk dalam rukun solat. Setiap
kali tahun baru tiba, ia dapat dihubungkan dengan kebijaksanaan amalan memasang
komitmen, termasuk mengajak individu untuk selalu berpegang pada niat. Walaupun
bukan undang-undang Islam, dengan harapan dapat menyebabkan perubahan pada
dirinya, umat Islam diizinkan untuk melakukannya, sehingga menjadi ukuran untuk
istiqamah lebih lanjut.Umar al-Khattab RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
“Segala amal (tidak berlaku) melainkan dengan adanya niat dan sesungguhnya
setiap seorang hanya akan beroleh balasan berdasarkan niatnya. Dengan asas itu,
sesiapa berhijrah dengan tujuan mencapai keredaan Allah dan Rasul-Nya; maka
hijrahnya itu menyampaikannya kepada (balasan baik) Allah dan Rasul-Nya; dan
sesiapa berhijrah dengan tujuan mendapat faedah dunia atau dengan tujuan hendak
berkahwin dengan wanita, maka hijrahnya itu hanya menyampaikannya kepada apa
dituju sahaja.” (HR Bukhari dan Muslim)
Comments
Post a Comment